Skim Latihan Graduan 05

Terbuka kepada graduan Diploma / Ijazah 2003/2004/2005. Ditanggung sepenuhnya oleh Kementerian Sumber Manusia. Tanpa bayaran balik. Elaun RM500 / sebulan. Daftar segera. Tempat terhad. First come, First serve!!

Monday, August 01, 2005

Tatacara Permohonan

1. Download Borang disini
2. Tempat terhad. Hantar segera.
3. Penyelaras akan 'divert' semua permohonan ke pusat latihan yang diluluskan mengikut daerah pilihan anda.
4. Pusat latihan akan menghubungi pemohon untuk memaklumkan tarikh latihan bermula.
5. Makluman lanjut, sila berhubung dengan Pn Faridah, 013 3759304

Hantar sebelum 1/11/05 untuk memastikan anda TIDAK TERLEPAS PELUANG KEEMASAN INI.

Kumpulan Sasar

Para graduan yang telah memperolehi Ijazah atau Diploma pada 2003 dan selepas, dalam apa jua bidang serta masih menganggur dan tidak pernah mendapat pekerjaan.

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN

i) Sijil Pembangunan Eksekutif, Pemasaran, Perakaunan Perniagaan, Perancangan Kewangan & Pengurusan Harta, Web Publishing & Web Application Development, Pemandu Pelancong & Pengurusan Acara, Keusahawanan dan Bahasa Inggeris
Pemohon mestilah mempunyai Ijazah atau Diploma dalam apa-apa bidang. Bagi Web Publishing & Web Application Development, pemohon perlu memperolehi kredit dalam subjek Matematik dan Sains di peringkat SPM.

ii) Microsoft Certified System Engineer (MCSE) dan Linux System Administrator (LSA)
Pemohon mestilah mempunyai Ijazah ataupun Diploma dalam bidang komputer atau kejuruteraan.

iii) Cisco Certified Network and Professional (CCNP)
Pemohon mestilah mempunyai Ijazah dalam bidang komputer atau kejuruteraan.

Tuesday, July 19, 2005

Mengenai SLG

Skim Latihan Graduan/05 (SLG/05) dilaksanakan oleh kerajaan adalah untuk membantu dan meningkatkan para graduan yang masih menganggur dengan kemahiran khusus seperti berikut:-

1. Pembangunan Eksekutif (3bulan latihan+ 2bulan OJT)
2. Pemasaran (3+2)
3. Perakaunan Perniagaan (5+2)
4. Perancangan Kewangan & Pengurusan Harta (3+2)
5. Microsoft Certifed System Engineer (2.5 +2)
6. Cisco Certified Network and Professional (3+2)
7. Linux System Administrator (3+2)
8. Web Publishing & Web Application Development (3.5+2)

9. Bahasa Inggeris (4+2)
10. Pemandu Pelancong dan Pengurusan Acara (3+2)
11. Keusahawanan (3+2)

Program ini bertujuan memperluaskan peluang para graduan mendapat pekerjaan.